Thursday, August 13, 2015

You and I are different, we will never be the same.

Assalamualaikum.

Yeah I'm back after quite a long time :D

You know, I'm not a consistent blog updater. Used to, but not anymore. I don't know what to write about and too lazy to even find ideas of what to write about.

Halamak tetiba update nak speaking pulekk. Tu lah pengaruh marathon cerita Merlin doplohpatjam cuti ni.

Cuti aku ni tak productive mana, yang banyak di-produce-kan hanya lah lemak yang semakin menebal. Asyik melantak je exercise nya idok. Perut buncit, pipi buncit, jerawat pun buncit.

Tengok, update pun merapu je.

Okay, serius serius *tegakkan duduk dan tolak tepi segala ke-merapu-an*

[Credit]


Kita semua tahu, kita datang dari background yang berbeza-beza, family yang berbeza-beza, tempat yang berbeza-beza, persekitaran yang berbeza-beza segalanya yang berbeza lah. Disebabkan itu, kita membesar menjadi orang yang berbeza dari banyak segi. Sebabnya, pembesaran kita banyak dipengaruhi dengan persekitaran dan pendidikan yang kita terima sewaktu kita membesar. Lain orang lain cara, lain pendapat, lain citarasa. Eh betul ke ejaan citarasa camni ke ejaan dia cita rasa?

Okay itu yang umum, tapi apa yang aku nak tekankan ialah, SETIAP ORANG MEMPUNYAI STRUGGLE MASING-MASING. Hamboi capslock hengko.

Setiap daripada kita mempunyai struggle yang berbeza iaitu dugaan yang berbeza. Aku bagi contoh yang senang, Maimunah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dilengkapi kehidupan serba mewah serta keluarganya pula mengamalkan bahasa inggeris dalam perbualan seharian mereka. Manakala Khadijah dilahirkan di kawasan luar bandar di negeri Perlis, mempunyai kehidupan serba kekurangan dan logat utara Khadijah dan keluarganya pula memang pekat, dan mereka tidak mengerti dan memahami bahasa inggeris. Bagi mereka, tiada kepentingan untuk memahami bahasa asing tersebut. Mereka lebih selesa berlogat utagha sambil menyemai benih padi di sawah pada setiap hari. Begitulah berbezanya kehidupan Maimunah dan Khadijah. Kehidupan mereka ibarat sang helang yang terbang megah di udara  dan sang semut yang merangkak-rangkak mencari rezeki untuk dibawa pulang ke sarang.

Weh penat weh aku buat cerita dah lama tak buat karangan pffft. *berehat sebentar*

Nak dipendekkan cerita, Maimunah dan Khadijah mendapat tawaran sambung belajar ke universiti yang sama di Manchester. Di negara orang itu, Maimunah tidak mempunyai banyak masalah untuk menyesuaikan diri di negara omputeh tersebut. Dia dapat berbahasa inggeris dengan lancar dan memahami dengan baik apa yang pensyarahnya mengajar. Berbeza dengan Khadijah, Khadijah harus struggle lebih untuk melancarkan bahasa inggerisnya untuk memudahkannya berkomunikasi dan memahami pembelajaran di dalam kelas.

Do you guys get it? Apa yang senang dan mudah bagi seseorang, mungkin adalah sesuatu yang sukar dan sulit bagi seseorang yang lain. SEBAB KITA SEMUA TAK LAHIR DALAM PERSEKITARAN DAN PENDIDIKAN YANG SAMA. Ha hambek kau capslock lagi!

So apa yang kita perlu buat adalah, bagi yang mempunyai kelebihan dan kemudahan bagi sesuatu perkara, individu tersebut sebaiknya perlu membimbing individu yang menghadapi kesulitan itu agar bersama-sama menuju kejayaan. Menuju puncak, gemilang cahaya~~

Percayalah, apa yang nampak mudah, ringan bagi sesorang tu, sesorang yang lain perlu struggle sungguh-sungguh untuk melakukan perkara tersebut. Kita takkan pernah tahu apa yang orang lain rasa selain kita sendiri berada dalam keadaan orang tu. Bak kata omputeh, we never knew unless we were in the same shoe.

Bila kita bertemu dengan seseorang yang menghadapi kesukaran, disitulah sebenarnya kita sedang diuji. Sama ada kita hendak menolong atau kita hendak menghindari. Pilih lah. Allah tu tak pernah tak adil, dalam Dia menduga seseorang, sebenarnya yang seorang lagi turut diduga, sama ada kita sedar atau tidak. Contohnya, kita selalu sedar bila si miskin itu sedang diuji, tetapi ramai antara kita tak sedar bila si kaya itu turut diuji untuk mendermakan hartanya kepada si miskin atau hanya memejamkan mata dan menghindari si miskin tersebut.

I hope you guys get my point. Aku tulis entry ni atas pengalaman aku sendiri and I got my lesson very well, alhamdulillah.

Okay dah, aku nak sambung Merlin aku. Bai.