Friday, July 3, 2015

HOPE

Assalamulaikum :)

It's 2.30 a.m and I can't sleep :)

Malam 15 Ramadhan.

Aku paling tak suka bila tak boleh tidur. Lebih tepat, aku benci. Suasana yang gelap, sunyi sepi, cuma kedengaran bunyi kipas yang berpusing. Aku rasa sangat keseorangan and I hate this feeling very much.

Setiap kali tak boleh tidur, selalu aku akan teringatkan kematian. Mungkin ni cara Allah tegur aku. Rasa sunyi tatkala lewat malam ni sering mengingatkan aku pada kematian. Macam ni agaknya sunyi sewaktu dalam kubur. Keseorangan, gelap, tiada siapa dapat menemani.

To be honest, ini sebabnya aku benci setiap kali tak boleh tidur. Sebab aku akan ingat pada kematian. Aku takut, sangat takut when it comes to remembering the death.

Teruk kan aku? Tapi itulah hakikatnya.

Aku sangat tak bersedia untuk mati. Entah apa yang aku buat di muka bumi Allah ni selama hampir 20 tahun, aku pun tak tahu. Ya Allah, maafkan hamba-Mu yang lemah ini :(

Terasa bekalan ku untuk akhirat nanti sangat sedikit, hampir tiada. Tidak tahu apa yang aku perlu bentangkan di hadapan Allah di akhirat sana tentang amalan ku. Tidak tahu amalan apakah yang aku lakukan dapat memberatkan timbangan pahalaku. Tidak tau bagaimana keadaanku ketika melalui titian As-Sirat kelak, Atau..mungkin tidak dapat melaluinya lalu jatuh ke dalam gaung neraka jahannam? T_T

Aku sangat takut memikirkan semua tu. Ya Allah, lemahnya aku kerana hanya mampu berasa takut dengan kematian pada malam hari tetapi pada waktu siang aku kembali seperti biasa, melagha tidak tentu pasal, menghadap laman sosial, selalu tidur, layan movie, dan segala jenis perbuatan yang langsung tak menunjukkan ciri-ciri seorang mukmin!

Bukan aku tak pernah ingin mengubah diri aku. Pernah beberapa kali dan berasa insaf tapi...ya Tuhan untuk beristiqamah itu sangat susah. Jadi baik untuk beberapa bulan tetiba kembali pada diri yang asal. Kotor sangat ke hati aku sampai susah sangat nak kekalkan yang baik :(

Mungkin luaran orang nampak aku baik. Konon. Tapi diorang tak kenal aku sebenarnya macam mana. Cuma Dia, Allah yang Maha Menciptakan tahu 100% mengenai hamba ciptaan-Nya ini, luar dan dalam. Dia tau betapa teruknya aku :( Tuhan, moga masih ada peluang untuk aku berubah menjadi lebih baik.

Allah banyak dah berikan aku peluang. Belajar di tempat yang baik, berkenalan dengan kawan-kawan yang baik, berjumpa dengan guru-guru yang baik. Tapi...haih hati ni liat sangat untuk berubah. Hmm.

Entahlah, kadang-kadang aku sangat malu dengan Dia, malu kerana tak mampu jadi hamba yang baik. Malah kalau diberi peluang, aku ingin memilih untuk tidak wujud di dunia ini. Tapi, siapa aku untuk mempersoalkan kejadian aku di dunia ini? Mesti ada hikmahnya kenapa Dia memilih untuk mencipta aku.

Moga hari esok dan seterusnya menjadi peluang yang baru untuk aku menjadi lebih baik. Moga Allah berikan aku peluang lagi, moga Dia tetap memberi peluang sehingga hati aku ni cukup kuat untuk melawan jahiliyyah dan maksiat serta beristiqamah dengan amal kebaikan!

Jom kawan-kawan, sama-sama kita berusaha megubah diri menjadi lebih baik. Setiap saat yang berlalu tu mendekatkan kita dengan kematian, mendekatkan kita dengan hari kebesaran, yakni hari kiamat yang Allah janjikan. Sugguh, janji Allah itu benar.

Semoga usaha kita nak jadi baik tu Allah kira sebagai amalan yang dapat memberatkan timbangan pahala kita. Semoga usaha kita nak jadi baik tu dapat menjadi hujjah bagi kita di akhirat kelak. Semoga kehidupan kita di dunia ini bukanlah suatu yang sia-sia tetapi dapat menjadi bekalan kebaikan buat kita di hari pembalasan kelak. Semoga kita semua terlepas dari azab neraka dan ditempatkan bersama golongan mukminin, in shaa Allah :)



[Credit]

No comments:

Post a Comment