Thursday, August 13, 2015

You and I are different, we will never be the same.

Assalamualaikum.

Yeah I'm back after quite a long time :D

You know, I'm not a consistent blog updater. Used to, but not anymore. I don't know what to write about and too lazy to even find ideas of what to write about.

Halamak tetiba update nak speaking pulekk. Tu lah pengaruh marathon cerita Merlin doplohpatjam cuti ni.

Cuti aku ni tak productive mana, yang banyak di-produce-kan hanya lah lemak yang semakin menebal. Asyik melantak je exercise nya idok. Perut buncit, pipi buncit, jerawat pun buncit.

Tengok, update pun merapu je.

Okay, serius serius *tegakkan duduk dan tolak tepi segala ke-merapu-an*

[Credit]


Kita semua tahu, kita datang dari background yang berbeza-beza, family yang berbeza-beza, tempat yang berbeza-beza, persekitaran yang berbeza-beza segalanya yang berbeza lah. Disebabkan itu, kita membesar menjadi orang yang berbeza dari banyak segi. Sebabnya, pembesaran kita banyak dipengaruhi dengan persekitaran dan pendidikan yang kita terima sewaktu kita membesar. Lain orang lain cara, lain pendapat, lain citarasa. Eh betul ke ejaan citarasa camni ke ejaan dia cita rasa?

Okay itu yang umum, tapi apa yang aku nak tekankan ialah, SETIAP ORANG MEMPUNYAI STRUGGLE MASING-MASING. Hamboi capslock hengko.

Setiap daripada kita mempunyai struggle yang berbeza iaitu dugaan yang berbeza. Aku bagi contoh yang senang, Maimunah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dilengkapi kehidupan serba mewah serta keluarganya pula mengamalkan bahasa inggeris dalam perbualan seharian mereka. Manakala Khadijah dilahirkan di kawasan luar bandar di negeri Perlis, mempunyai kehidupan serba kekurangan dan logat utara Khadijah dan keluarganya pula memang pekat, dan mereka tidak mengerti dan memahami bahasa inggeris. Bagi mereka, tiada kepentingan untuk memahami bahasa asing tersebut. Mereka lebih selesa berlogat utagha sambil menyemai benih padi di sawah pada setiap hari. Begitulah berbezanya kehidupan Maimunah dan Khadijah. Kehidupan mereka ibarat sang helang yang terbang megah di udara  dan sang semut yang merangkak-rangkak mencari rezeki untuk dibawa pulang ke sarang.

Weh penat weh aku buat cerita dah lama tak buat karangan pffft. *berehat sebentar*

Nak dipendekkan cerita, Maimunah dan Khadijah mendapat tawaran sambung belajar ke universiti yang sama di Manchester. Di negara orang itu, Maimunah tidak mempunyai banyak masalah untuk menyesuaikan diri di negara omputeh tersebut. Dia dapat berbahasa inggeris dengan lancar dan memahami dengan baik apa yang pensyarahnya mengajar. Berbeza dengan Khadijah, Khadijah harus struggle lebih untuk melancarkan bahasa inggerisnya untuk memudahkannya berkomunikasi dan memahami pembelajaran di dalam kelas.

Do you guys get it? Apa yang senang dan mudah bagi seseorang, mungkin adalah sesuatu yang sukar dan sulit bagi seseorang yang lain. SEBAB KITA SEMUA TAK LAHIR DALAM PERSEKITARAN DAN PENDIDIKAN YANG SAMA. Ha hambek kau capslock lagi!

So apa yang kita perlu buat adalah, bagi yang mempunyai kelebihan dan kemudahan bagi sesuatu perkara, individu tersebut sebaiknya perlu membimbing individu yang menghadapi kesulitan itu agar bersama-sama menuju kejayaan. Menuju puncak, gemilang cahaya~~

Percayalah, apa yang nampak mudah, ringan bagi sesorang tu, sesorang yang lain perlu struggle sungguh-sungguh untuk melakukan perkara tersebut. Kita takkan pernah tahu apa yang orang lain rasa selain kita sendiri berada dalam keadaan orang tu. Bak kata omputeh, we never knew unless we were in the same shoe.

Bila kita bertemu dengan seseorang yang menghadapi kesukaran, disitulah sebenarnya kita sedang diuji. Sama ada kita hendak menolong atau kita hendak menghindari. Pilih lah. Allah tu tak pernah tak adil, dalam Dia menduga seseorang, sebenarnya yang seorang lagi turut diduga, sama ada kita sedar atau tidak. Contohnya, kita selalu sedar bila si miskin itu sedang diuji, tetapi ramai antara kita tak sedar bila si kaya itu turut diuji untuk mendermakan hartanya kepada si miskin atau hanya memejamkan mata dan menghindari si miskin tersebut.

I hope you guys get my point. Aku tulis entry ni atas pengalaman aku sendiri and I got my lesson very well, alhamdulillah.

Okay dah, aku nak sambung Merlin aku. Bai.

Wednesday, July 8, 2015

Remind me when I forgot, Dear Friend :)

Assalamualaikum.

Malam 21 Ramadhan.

Aku baru habis dua paper tadi untuk final exam semester dua. Paper statistics dengan genetics dalam satu hari. Hurm tak teruk pun, boleh tahan laa sampai buat aku demam. Alah demam je hikhok.

Entah, malam-malam terakhir semester dua rasa rajin pulak nak meng-update blog. Maybe sebab syaitanirrajim kena belenggu kot, so sikap malas tu dah berkurang sikit.

Malam ni dah 21 Ramadhan, entah apa yang aku buat 20 hari Ramadhan ni. Rasa sikit sangat amalan yang aku buat, macam takde improvement je. Tadi waktu berbuka, macam biasalah dok sembang dengan kengkawan. Allah tu baik, sangat baik sebab Dia anugerahkan aku kawan-kawan yang cukup baik.

Perbualan tadi pasal malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan. Kawan aku masing-masing rasa semangat nak jumpa dengan malam yang penuh barakah tu.

Masih aku ingat dialog sorang kawan aku, " Weh, doakan aku puasa penuh tahun ni. Aku pun nak kejar malam Lailatul Qadar macam korang jugak'.

Mungkin bagi korang biasa, tapi bagi aku tu semua sesuatu yang luar biasa. Tengok golongan muda yang sungguh-sungguh dalam melaksanakan amal ibadah demi mengejar redha Illahi, sungguh sesuatu yang luar biasa bagi aku. Mann... aku harap diorang tak baca ni :B

Semacam satu perasaan yang sayu masuk dalam hati aku. Secara tak langsung, diorang tiupkan semangat yang sama dalam diri aku, azam untuk bertemu malam tersebut.




[Credit]



To be honest, sebab Ramadhan kali ni clash dengan final exam, aku jadi hilang imbangan jugak. Berapa kali aku tak pergi terawikh konon nak study --' And ada sorang sahabat tegur aku, "lama tak nampak turun bawah (pergi terawikh)? ". Aku tak terasa langsung, but I feel so glad dapat kawan macam ni, selalu ajak buat kebaikan sama-sama. Alhamdulillah, Allah bagi aku kawan yang sering mengingatkan aku pada Dia.

Dalam solat, aku selalu berdoa, agar dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah, agar aku menjadi lebih dekat pada Dia.

Doa lah, doa tu kan senjata mukmin. Dan Allah tu Maha Mendengar. :))

Aku nak share something pasal tazkirah haritu. Ustaz tu cakap (actually bukan ustaz, student UiTM jugak, tapi takkan nak panggil abang kut kan), bulan Ramadhan ni antara masa mustajab untuk doa dimakbulkan. Dan doa pada malam Lailatul Qadar itu, dengan izin Allah, terus sampai pada Dia, tanpa sebarang hijab. So dengan malam yang masih berbaki lagi 9 hari ni, banyakkan berdoa, mana tahu ada rezeki jumpa dengan Lailatul Qadar ;) Ustaz tu kata lagi, memang susah nak bangun malam, lagi-lagi pada malam seribu bulan tersebut. Tapi at least bila dah terjaga pukul 5 pagi tu contoh, kalau tak larat sangat nak pergi ambil wudhuk and solat sunat, cukuplah sekadar beristighfar dan berzikir. Bukan ke satu ibadah jugak? :)

Friday, July 3, 2015

HOPE

Assalamulaikum :)

It's 2.30 a.m and I can't sleep :)

Malam 15 Ramadhan.

Aku paling tak suka bila tak boleh tidur. Lebih tepat, aku benci. Suasana yang gelap, sunyi sepi, cuma kedengaran bunyi kipas yang berpusing. Aku rasa sangat keseorangan and I hate this feeling very much.

Setiap kali tak boleh tidur, selalu aku akan teringatkan kematian. Mungkin ni cara Allah tegur aku. Rasa sunyi tatkala lewat malam ni sering mengingatkan aku pada kematian. Macam ni agaknya sunyi sewaktu dalam kubur. Keseorangan, gelap, tiada siapa dapat menemani.

To be honest, ini sebabnya aku benci setiap kali tak boleh tidur. Sebab aku akan ingat pada kematian. Aku takut, sangat takut when it comes to remembering the death.

Teruk kan aku? Tapi itulah hakikatnya.

Aku sangat tak bersedia untuk mati. Entah apa yang aku buat di muka bumi Allah ni selama hampir 20 tahun, aku pun tak tahu. Ya Allah, maafkan hamba-Mu yang lemah ini :(

Terasa bekalan ku untuk akhirat nanti sangat sedikit, hampir tiada. Tidak tahu apa yang aku perlu bentangkan di hadapan Allah di akhirat sana tentang amalan ku. Tidak tahu amalan apakah yang aku lakukan dapat memberatkan timbangan pahalaku. Tidak tau bagaimana keadaanku ketika melalui titian As-Sirat kelak, Atau..mungkin tidak dapat melaluinya lalu jatuh ke dalam gaung neraka jahannam? T_T

Aku sangat takut memikirkan semua tu. Ya Allah, lemahnya aku kerana hanya mampu berasa takut dengan kematian pada malam hari tetapi pada waktu siang aku kembali seperti biasa, melagha tidak tentu pasal, menghadap laman sosial, selalu tidur, layan movie, dan segala jenis perbuatan yang langsung tak menunjukkan ciri-ciri seorang mukmin!

Bukan aku tak pernah ingin mengubah diri aku. Pernah beberapa kali dan berasa insaf tapi...ya Tuhan untuk beristiqamah itu sangat susah. Jadi baik untuk beberapa bulan tetiba kembali pada diri yang asal. Kotor sangat ke hati aku sampai susah sangat nak kekalkan yang baik :(

Mungkin luaran orang nampak aku baik. Konon. Tapi diorang tak kenal aku sebenarnya macam mana. Cuma Dia, Allah yang Maha Menciptakan tahu 100% mengenai hamba ciptaan-Nya ini, luar dan dalam. Dia tau betapa teruknya aku :( Tuhan, moga masih ada peluang untuk aku berubah menjadi lebih baik.

Allah banyak dah berikan aku peluang. Belajar di tempat yang baik, berkenalan dengan kawan-kawan yang baik, berjumpa dengan guru-guru yang baik. Tapi...haih hati ni liat sangat untuk berubah. Hmm.

Entahlah, kadang-kadang aku sangat malu dengan Dia, malu kerana tak mampu jadi hamba yang baik. Malah kalau diberi peluang, aku ingin memilih untuk tidak wujud di dunia ini. Tapi, siapa aku untuk mempersoalkan kejadian aku di dunia ini? Mesti ada hikmahnya kenapa Dia memilih untuk mencipta aku.

Moga hari esok dan seterusnya menjadi peluang yang baru untuk aku menjadi lebih baik. Moga Allah berikan aku peluang lagi, moga Dia tetap memberi peluang sehingga hati aku ni cukup kuat untuk melawan jahiliyyah dan maksiat serta beristiqamah dengan amal kebaikan!

Jom kawan-kawan, sama-sama kita berusaha megubah diri menjadi lebih baik. Setiap saat yang berlalu tu mendekatkan kita dengan kematian, mendekatkan kita dengan hari kebesaran, yakni hari kiamat yang Allah janjikan. Sugguh, janji Allah itu benar.

Semoga usaha kita nak jadi baik tu Allah kira sebagai amalan yang dapat memberatkan timbangan pahala kita. Semoga usaha kita nak jadi baik tu dapat menjadi hujjah bagi kita di akhirat kelak. Semoga kehidupan kita di dunia ini bukanlah suatu yang sia-sia tetapi dapat menjadi bekalan kebaikan buat kita di hari pembalasan kelak. Semoga kita semua terlepas dari azab neraka dan ditempatkan bersama golongan mukminin, in shaa Allah :)



[Credit]

Monday, April 20, 2015

Tajdid Niat, Kawan-Kawan

ASSALAMUALAIKUM.

Hellooooo semorang!!!! It has been long longggg time since my last update. Have you been missing me? Well, I'm sure you do *kenyit kenyit mata*

Sekarang ni tengah mid sem break. Cuti seminggu. Best woo. Tapi kerja pun menimbun woo. So kiranya macam tak cuti lah jawabnya, hehew.

Sebenarnya macam-macam benda sangat aku nak share. Lagi-lagi pasal sem 2 aku ni.

Haha, entah bila sem 1 dah habis tetiba aku nak cerita pasal sem 2. Nampak bebenor berkurun tak update. Sorry lah sebab aku tak berjaya jadi tukang update blog yang konsisten T_____T tak istiqamah sungguh aku ni. Huh.

Sebenarnya ada je cerita yang aku nak cerita, cuma masa tak mengizinkan. Ecece, jet jet busy je en aku ni. Jangan bash please ;p

Tapi betul, sangat busy. Kiranya masa yang ada tu cukup untuk siapkan kerja-kerja aku tu je. Tu pun tak menang tangan dibuatnya. Baru sem 2 je pun, nanti ada rezeki sampai sem 6 tak tau lah apa yang jadi kat aku. Maunya tercabut tangan terus. K itu over.

Buat masa ni, alhamdulillah aku dah semakin sayang dengan study aku ^^ apa yang aku belajar agak menarik.

Genetics, microbiology dan seumpamanya memang aku minat. Sangat amazing, fantastic dan bombastic. Hahaha.

Nak kata susah ke tak tu, mana ada benda yang senang dalam dunia ni kan. Mana ada jalan mudah untuk berjaya. Kalau asyik nak senang je, pergi duduk pulau sana. Tu pun belum tentu kau boleh survive dengan mudah kat sana.

Apa yang aku belajar sepanjang degree aku yang belum sampai setahun ni, sentiasa tajdid niat nak belajar. Sentiasa memperbaiki niat. Nampak macam mudah kan? Macam senang je nak memperbaiki niat tu. Tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Tak percaya? Meh sini gua cerita sama lu.

Hmm firstly masa aku mula-mula masuk degree ni, boleh dikatakan aku tak happy. Nak kata tak ikhlas dan tak redha pun ada jugak. Teruk kan? Sebab aku tak dapat apa yang aku nak. Rasanya tak perlu kot aku mention balik apa yang aku nak. Huhu.

Nak dipendekkan cerita, aku macam tak rela lah dapat course aku ni. Pergh, pengakuan tempah maut ni. Ehh, relax dulu brader, baca sampai habis k.

Hmm nak kata aku nangis, entah berapa kali pun aku tak ingat. Sampai last sekali, aku buat keputusan untuk belajar je. Belajar dengan niat lillahita'ala. Cuma belajar untuk penuhi tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. Tuntut ilmu tu kan wajib? :')

Belajar bukan niat untuk dapat result bagus.


Belajar bukan niat untuk dapat anugerah dekan.



Belajar bukan niat untuk mendapat pujian manusia.



Belajar bukan niat untuk dapat anugerah ANC kelak.



Belajar......cuma.....untuk Allah.



Aku serahkan masa depan aku bulat-bulat pada Dia.

Dia yang Maha Menentukan, maka biar Dia yang tentukan semuanya, Yang kita perlu buat, usaha semampu mungkin.

Dan begitulah aku dapatkan kekuatan untuk teruskan perjuangan aku waktu sem 1 haritu. Haha. Sampailah ke final, lepastu result keluar, aku memang tak expect langsung boleh dapat dekan. Alhamdulillah.

Cerita dia sekarang, lepas dapat result sem 1 haritu, membuak-buak pulak rasa nak dapat dekan lagi.Aku takut terpesong pulak niat aku mula-mula tu.

Betul lah, waktu kita jatuh tu sebenarnya Tuhan nak tunjukkan kita sesuatu. Terpulang pada kita nak lihat dengan mata hati atau terus membutakan hati.

Moga aku terus kuat untuk kekalkan niat untuk belajar tu. Dan kau jua, dan kita semua, Haha. Sama-sama kita betulkan niat nak study supaya Allah lebih redha dengan apa yang kita buat tu. Okay? :)

Monday, January 5, 2015

Have Faith.

Assalamualaikum.

Hey, berjumpa lagi kita :D Setelah berbulan lamanya blog ni ditinggalkan sepi tak berusik akhirnya aku ada rasa macam nak hapdet.

Tapi entry ni bukan lah pasal apa-apa topik yang bermanfaat.Saja nak bermarhaban kat sini petang-petang macam ni. Tambahan tetiba petang ni masuk mood sedih pulak. Sedih yang tak tau sebab apa. Sedih yang rasa macam nak duduk sesorang, buat apa yang aku suka. Selalunya sama ada aku akan menulis, membaca atau melukis, sampai lah aku rasa puas.

So, how's life buddy?

Life ni memang ada turun naik. Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah.Well, langit tak selalu cerah kan?





Waktu kita kat bawah tu lah selalunya kita dapat banyak pengajaran. Pengajaran tu kita kutip satu-satu untuk jadikan panduan masa depan. Yang kurang baik kita perbaiki jadi baik dan yang baik kita perbaiki jadi lebih baik.

Yang penting, macam mana cara kita tangani keadaan waktu kita berada di bawah tu. Kadang-kadang kita tak boleh nak terima hakikat yang kita jatuh. Semua nak dipersalahkan. Paling teruk, bila takdir pun kita nak salahkan. Astargfirullahala'zim.

Cakap memang senangkan, tapi yang tanggung tu lah yang pikul segala beban. Sebenarnya, kalau kita redha dengan takdir kita, hidup kita akan jadi lebih tenang, percayalah.

Klise.

Tak, ni bukan klise. Percayalah, kalau kau yakin yang di sebalik sesuatu tu pasti ada hikmah, dan aturan Allah tu merupakan yang terbaik, kau takkan rasa terlalu down. Mungkin waktu kita jatuh tu lah, Tuhan nak panggil balik kita. Kita jadi leka bila dah terlalu lama kat atas. Mungkin waktu kita jatuh tu lah, Allah nak kita kenal mana satu mawar dan mana satu duri. Dan mungkin waktu kita jatuh tu lah, Allah bagi signal supaya kita bangun balik dengan kekuatan yang berganda. Ya, kita jadi lebih kuat melalui ujian. Ujian yang Tuhan bagi bukan bertujuan untuk melemahkan, tapi untuk menguatkan kita :)

So, have faith buddies. Jangan selalu tudingkan jari pada kesalahan orang lain dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Aturan Allah tak pernah silap, malah itu yang paling sempurna dan paling baik untuk kita semua. Cuba muhasabah diri sendiri dan perbetulkan kesilapan diri. Itu lebih baik.

Aku selalu bagitahu diri sendiri, jangan jadi hamba yang cuma ingat Tuhan bila waktu susah. Bila kita kat atas, waktu senang kita jangan lupa kat Allah. Jangan lupa untuk bersyukur. Dan bila kita kat bawah, jangan pula salahkan takdir Allah. Bergantung sepenuhnya kat Allah, dan paling penting, sentiasa bersangka baik pada Dia :)