Monday, October 6, 2014

Ini Semua Duniawi Jer!

Assalamualaikum, hi.

Di pagi yang hening nan indah serta ditemani kicauan lunak burung-burung yang mula bertebar (betul ke perkataan bertebar ni?) atas muka bumi Allah ini demi mencari rezeki, satu perasaan halus menyelinap masuk dalam ruangan hatiku ini. Perasaan apakah itu? Perasaan ingin menghapdet blog. Bhahaha. Ayat dah tunggang-langgang beb, tu lah padahnya bila karangan BM cuma diajar setakat sekolah menengah je.

Tetiba rasa macam nak singgah malalut jap kat sini. Ye lah, apa motif aku buat blog baru tapi biarkan berhabuk je kan kan. Walaupun blog ni hambar dan begitu sinonim dengan istilah 'krik krik', namun ku gagahkan jua jari-jemari ini untuk menari di atas papan kekunci demi menghasilkan entri baru. Kerna ku tahu, di luar sana ada peminat tegar blog ini, yang setia menanti hapdet baru. Hahahaha, perasan gila kau Syaf *tampar pipi sendiri*.

Erm, kiranya dah sebulan lebih aku bergelar pelajar di UiTM Shah Alam. Kehidupan degree aku setakat ni, boleh aku kategorikan sebagai 'busy tahap tak ingat', pffft.

Maaflah, bukan nak mengeluh bagai tapi cuma nak kongsi serba sikit. Jadual aku pack sungguh, dari pagi hingga ke malam. Dan kebanyakkan masa adalah waktu lab. Ya, lab tu rumah pertama aku. Bilik aku rumah kedua. Kalau dulu cuma ada 3 lab, sekarang aku ada 4 lab. Dan every week memang kejar masa untuk siapkan lab reports.

Kolej dengan fakulti aku pulak, jauh tahap boleh longgar segala urat sendi kau. Kolej kat seksyen 2, fakulti kat seksyen 7. Kalau ada bas, memang bersyukur nya ya Allah. Tapi kalau time tu takde bas, alamat nya memang kitorang satu kelas (kaum hawa je) menapak balik kolej. Sebab bas memang jarang lalu waku malam. Kelas pulak kebanyakan memang habis lewat. Kalau untuk kaum Adam kelas aku, tak payah cerita lah. Kolej diorang seberang jalan je dah sampai fakulti. Ketidakadilan terserlah di situ.

Pendek kata, degree life aku tak seindah yang disangka. Indah khabar dari rupa beb. Omongan-omongan mereka yang mengatakan waktu degree paling best, lagi best dari sekolah dan asasi memang bohong belaka.


*****

Tapi itu semua dulu. Waktu mula-mula bermulanya minggu kuliah.

Pernah satu hari aku rasa penat yang dah tak tertahan, rasa dah tak mampu nak tanggung semuanya. Lepas balik kelas, aku singgah di masjid (yang bestnya masjid UiTM dekat sesangat dengan fakulti aku :D) menunaikan solat bersama rakan yang lain. Saat sujud terakhir, aku luahkan segalanya pada Dia. Aku mengadu yang aku terlalu penat. Rasa tak berbaloi aku kerahkan tenaga aku untuk sesuatu yang bukan aku idamkan. Aku mengadu sampai aku rasa puas. Sampai aku rasa lega. Dan sampai aku sedar.....










....yang sebenarnya aku tak bersyukur dengan semua yang Allah dah bagi kat aku.


Aku cuma mampu mengeluh. Jarang aku berterima kasih pada Dia. Aku cuma nampak yang buruk, yang jelik, yang susah. Aku butakan mata pada yang baik, yang cantik dan yang mudah. Perlahan-lahan satu hakikat menerjah masuk dalam hati aku yang berjaya membuatkan aku berasa tenang, sungguh. Hakikat 'ini semua duniawi' berjaya mengembalikan kewarasan akal aku, yang hampir-hampir tewas dek lemahnya semangat diri.

Ini semua dunia, dunia memang tempat untuk kita bekerja, akhirat sana nanti tempat untuk kita berehat. Kalau kita bekerja kerana Allah, in shaa Allah itu semua dikira sebagai ibadah dan saham akhirat. Lakukan semuanya kerana Allah.

Lepas tu, semuanya menjadi mudah, tidak sesukar minggu-minggu yang lalu. Masuk lab pun rasa macam pergi fun fair. K itu menipu namanya. Kalau jalan kaki nak balik kolej pun dah takde masalah. Dulu rasa macam 30 minit sekarang rasa macam 10 minit. Siap boleh pasang lagu nyanyi ramai-ramai lagi. Pendek kata, semuanya menjadi serba indah, ececece. Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang tak lokek dengan bantuan, perlahan-perlahan aku belajar untuk survive. Alhamdulillah.

Lagi satu, dengan kehadiran roommate yang awesome tak terkata bak hang memang satu anugerah dari Allah. Terima kasih Ainul Mardhiah yang tak pernah jemu layan perangai kita yang lagi gila dari orang gila ni. Kadang-kadang terasa macam ada kakak pulak, hikhikhik. Dia yang selalu dengar cerita karut marut aku saban hari. I lap you bebeyh.



<3

Baru sebulan dah macam-macam hal dah aku ni. Semoga aku terus dipinjamkan kekuatan oleh-Nya untuk menempuh jalan yang bukan mudah ini. Begitu juga kalian. Semoga kita semua terus tabah dan cekal dalam mencari keredhaan Illahi walau dalam apa jua bentuk dan keadaan :)

Monday, August 18, 2014

Entri Pertama; Result Upu

Assalamualaikum and hi :D

So, this is my second blog ^^ I've deleted the other one for a few reasons. Tapi reasons tu pun tak berapa nak jelas sangat kenapa. Rasa macam dah hilang rasa excited setiap kali nak update blog so akan end up save as draft je. Tak tau lah kenapa u_u

So sebagai jalan penyelesaian, aku delete blog tu and create this new blog. Nama pun kemain Manifesto Hati.

Sebagai first entry, aku nak share pasal result UPU aku. UPU untuk sambung degree ;D





Alhamdulillah, dapat tawaran untuk sambung study. Dengan result asasi aku yang suam-suam kuku tu, aku cukup bersyukur dapat peluang untuk further in degree.

Sains Biomolekul. Masa aku dapat result tu, aku tak tau nak react macam mana. Happy ke sedih ke terharu ke apa. Tengok perkataan 'Biomolekul' tu, dah rasa macam tercekik dah. Perkara pertama yang terlintas kat ruang otak; pergh, chemistry siot. T_T

Aku dengan Cik Chemistry ni memang ada masalah sejak zaman SPM lagi. Pernah aku rasa betul-betul nak give up dengan benda-benda kecik ni. Tak padan dengan kecik, dia punya rumit boleh kusut segala wayar dalam otak aku. Tapi give up macam mana pun, kena teruskan jugak. Gila enko ambik pure science stream tapi nak drop subjek Chemistry.

Masalah aku dengan Chemistry ni macam takde kesudahan bila waktu asasi pun aku rasa macam down gila-gila bila study chem. Lagi-lagi Organic Chemistry.....Allah je tahu macam mana stresssss nya aku T________T Serious aku cakap, aku revise 10 kali pun tak masuk-masuk jugak. Sampai lah satu hari ni, aku buat pengakuan berani kat roommate aku, aku tak nak ambik course yang related dengan Cik Chem untuk degree. Aku. Tak. Nak. Cita-cita aku yang kononnya nak jadi doktor, aku telan dalam-dalam masuk perut simpan dalam gallbladder biar jadi bile yang pahit. Kerna hakikatnya memang begitu, pabila cita-cita yang kuimpikan semenjak kecil terpaksa dikuburkan buat selama-lamanya, rasanya memang pahit. Biarlah ku bermadah pujangga untuk seketika.

Hm, sedih lagi pedih kisah hidup aku :'( Tapi hidup tetap kena teruskan. So tolak tepi segala kisah duka, kita mulakan lembaran baru. Tapi lembaran baru yang aku nak mulakan tu, nampaknya tercalit dengan kengerian bila aku dapat kos ni. Dengan subjek Computer Programming is included in this course. Lagi sekali aku rasa macam kena cekik. Budak yang buta IT lagi terkedek-kedek dengan teknologi moden kena belajar pasal programming. Suatu. Penyeksaan. Sungguh. Permainan takdir apakah ini?  T______________T


Creds: Google Image


It's stated in the Al-Quran [2:286], Allah won't give us burdens beyond our limits. He knows our capability, because  He is the one who created us. He is the All Knowing, the Most Wise. So, chins up and smile :)

Alhamdulillah, I got a lot better after motivating myself. Tapi tak boleh tipulah, rasa tak yakin dan takut tu tetap ada sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman jantung aku angkara bisikan-bisikan syaitonnirrajim. Tapi aku terus dan terus mencuba untuk berfikir positif ;)

Aku rasa mesti ramai di luar sana yang senasib dengan aku kan kan. Jom kita sesama kuatkan semangat untuk teruskan hidup! Kah kah. Yang dapat jejauh tu, hati kena kental, takmo nangis-nangis. Mesti ada hikmah, contohnya korang boleh pergi tengok tempat orang, belajar berdikari and much more. Yang belum ada rezeki untuk terima tawaran UPU, don't ever give up! Keep trying sebab rezeki Allah tu luas.

Nak cerita pasal kengkawan yang lain, semua kos berlainan dengan aku. Apa-apa pun, all the best untuk semuanya :* Dengan izin Allah satu hari nanti kita dapat kumpul reramai balik dan buat kecoh macam biasa, hihiks.

Soosososo, takat ni je laa entry pertama aku. :B Kalau ada rezeki kalau ada kerajinan aku akan update lagi (jet jet ada orang baca). Babai.